Pendidikan Khas di Malaysia

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysiapembuk bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam aan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,“Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. “ 

KRONOLOGI SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan Bermasalah Penglihatan

1926   Pembukaan Sekolah Rendah  Pendidikan Khas (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931   SRPK St. Nicholas telah berpindah ke Pulau Pinang
1948   Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney – JKM
1953   Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh -JKM
1958   Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan – JKM
1962   Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan di sekolah rendah dan menengah  diperkenalkan
1977   Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978   Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983   Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, SetapakPengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan
1984   Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-QuranPenubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/ Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille
Pendidikan Bermasalah Pendengaran
1954   Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954   Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang
1963   Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah rendah dan menengah biasa.Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran dimulakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978   Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT)Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan Malaysia
1979   Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh
1984   Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia
1985   Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan IslamPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama IslamPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod TanganPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal
1987   Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam dibuka.
Program Percantuman/ Inklusif
1962   Bermulanya Program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan.
1988   Kelas Perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran dimulakan
1993   Tiga orang pelajar inklusif ditempatkan  di Tingkatan 6 Rendah, SM Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur
1994   Pembukaan kelas-kelas program inklusif secara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara
1995   Bermulanya Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah
Perkembangan Semasa
1995   Unit Pendidikan Khas dinaikkan taraf sebagai Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pelajaran Malaysia)
2008   Jabatan Pendidikan Khas ditukarkan nama kepada Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas), Kementerian Pelajaran Malaysia
2010   Proses  Transformasi Pendidikan Khas dimulakan oleh BP Khas dengan menekankan enam teras utama perubahan menjelang tahun 2020.Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan program khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas di peringkat prasekolah iaitu:i.  Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khasii. Program Pendidikan Khas Inklusif PrasekolahProgram Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan KhasProgram Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas telah dipertingkatkan ke seluruh negara. Prasekolah Pendidikan Khas mempunyai murid bermasalah pendengaran; bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran.Pada 2010, sebanyak 172 buah program prasekolah telah dibuka bagi kesemua tiga kategori di seluruh negara. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan sebanyak 28 program di Sekolah Khas dan 144 program prasekolah pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran di seluruh negara. Terdapat seramai 590 murid pendidikan khas yang mengikuti pendidikan pada peringkat prasekolah integrasi.
    SUMBER:SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS JABATAN PELAJARN NEGERI SEMBILAN.http://spspk.jpnns.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=155&Itemid=228

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s