Proses P&P

PROSES PEMBELAJARAN MASALAH PENGLIHATAN
Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.
Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka.
Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.
Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa. Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan “bulat” menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.
Seseorang guru boleh mengesan mereka yang berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini. Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan . Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan bengkak. Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya. Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.

KAEDAH P&P PELAJAR PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN

i. Kaedah pengajaran
Buta sepenuhnya
a) Menggunakan mesin Braille sebagai alat menulis dan membaca
b) Menggunakan gambar rajah timbul dalam aktiviti bergambar seperti petaRabun
a) Large Print-Lembaran kerja di besarkan saiz tulisan
b) Menggunakan kanta
c) Menggunakan CCTV-TV yang boleh membantu pelajar membaca buku
ii. Pelajar Pendidikan Khas bermasalah penglihatan belajar mengikut sukatan pelajaran sama dengan aliran perdana, kurikulum yang sama. Cuma yang membezakan ialah pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pembimbing.Soalan –soalan dalam peperiksaan yang dimodikasikan untuk kesesuaian pelajar.

iii. Penggunaan Komputer di kalangan pelajar
Pelajar dapat menggunakan Komputer kerana adanya perisian Jaws iaitu perisian bersuara yang membantu pelajar mengendalikan komputer.

iv. Orientasi dan Mobiliti
Satu aktiviti yang membantu para pelajar pendidikan khas masalah penglihatan berdikari dan melakukan aktiviti seharian secara berdikari.Contoh cara menggunakan tongkat yang betul dan cara memimpin pelajar pendidikan khas.

IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILI DARJAH 
    Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat. Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti “hands-on”.
Guru juga perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan pastikan kedudukan kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam bahan-bahan pembelajaran.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s