potensi

kecacatan-kecacatan fizikal seperti rabit bibir, rabit lelangit, capik kaki, katarak mata, berkepala besar (hydrocephalus) dan tanda-tanda di bahadian kulit mudah dikenal pasti tetapi kecacatan-kecacatan seperti pekak dan rencat akal tidak ketara dan memerlukan cara pemeriksaan dan penilaian yang khusus. Justeru itu, jika kemungkinan-kemungkinan ini tidak difikirkan, banyak kes bayi pekak dan rencat akal tidak dikenal pasti dari peringkat awal lagi menyebabkan program intervensi sering lambat dimulakan……………..

MEMAKSIMUMKAN POTENSI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CACAT 

Dalam mana-mana masyarakat, pasti akan terdapat golongan cacat, sama ada cacat fizikal ataupun mental. Antara jenis-jenis kecacatan yang biasa adalah rencat akal, pekak, buta dan cerebal palsy (biasa dikenali sebagai spastik ) yang menyebabkan ketidakupayaan menggunakan tangandan kaki . Selain kecacatan -kecacatan ini , banyak lagi kategori cacat seperti epilepsi ( sawan ) , bisu (tidak boleh bercakap walaupun pendengaran baik ) , juling , rabun , hiperaktif dan lain -lain lagi . 

Terdapat ramai kanak -kanak dilahirkan dengan berbagai -bagai jenis kecacatan . Antaranya adalah rabit lelangit , rabit bibir , kerosakan jantung , kerosakan usus , kecacatan pada urat saraf dan sistem -sistem lain dan sebagainya . Kecacatan boleh dibahagikan kepada tiga kategori : 

1. Kecacatan semula jadi , sama ada yang berkaitan dengan baka atau penyakit yang berlaku pada peringkat bayi lagi . 

2. Perintal , iaitu dari 28 minggu sehingga satu minggu selepas bayi dilahirkan . Umpamanya , bayi yang dilahirkan lemas ( perinatal Asphyxia ) akan mengalami kerosakan otak , jangkitan , penyakit kuning yang serius dan sebagainya . 

3. Bayi dilahirkan normal tetapi kecacatan berlaku akibat penyakit , kecederaan atau kemalangan . 

Dianggarkan hampir 3 % daripada jumlah kanak -kanak di negara ini mengalami kecacatan yang teruk . Hasil kajian yang dijalankan disentul pada tahun 1982 ke atas sekumpulan kanak -kanak berusia dari tiga hingga sembilan tahun mendapati tidak kurang daripada 30 orang kanak -kanak dikatakan mengalami kecacatan disenaraikan dibawah ini. Angka dalam kurungan ialah bilangan kanak -kanak yang terlibat bagi setiap kecacatan :- 

1. Kecacatan akal ( 15 ) 

2. Spastik ( 3) 

3. Sawan ( 3) 

4. Pekak ( 1 ) 

5. Rabun ( 1 ) 

6. Masalah pertuturan ( 2) 

7. Masalah penbelajaran ( 4 ) 

8. Masalah tingkah laku ( 1 ) 

Setiap kanak -kanak memerlukan perkara -perkara asas dalam kehidupan seperti makan minum , pakaian , tempat perlindungan dan kasih sayang ibu bapa . Keperluan -keperluan ini perlulah dipenuhi supaya dia dapat berkembang dan membesar dengan sempurna . Setiap kanak -kanak ingin menikmati keindahan hidup dan merasakan dirinya dihargai serta mempunyai sesuatu kebolehan yang dapat dibanggakan . Begitu juga dengan kanak -kanak cacat , malahan ada diantara mereka yang memerlikan perkara -perkara lain yang lebih khusus Umpamanya , kanak -kanak pekak mungkin memerlukan alat pendengaran dan latihan pertuturan . Kanak -kanak rabun mungkin memerlukan cermin mata . Kanak -kanak spastik pula memerlukan latihan berbentuk fisioterapi ., terapi cara kerja serta alat -alat untuk membantunya duduk , berdiri dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain . Kanak -kanak rencat akal sejak lahir memerlukan pendidikan khas yang disesuaikan dengan tahap inteleknya . Disamping itu , terdapat juga kanak -kanak yang mengalami berbagai -bagai jenis kecacatan seperti cacat penglihatan dan pendengaran . Contohnya , bayi yang menghidap congenital rubella bukan sahaja dilahirkan bertubuh kecil tetapi mungkin juga pekak , buta atau mengalami kerosakan jantung dan sebagainya . Keperluan -keperluan kanak -kanak ini lebih kompleks dan ibu bapa amat memerlukan nasihat dari golongan profesional yang arif tentang rawatan dan program pemulihan bagi kanak -kanak cacat . 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s