perspektif

Perspektif dalam kajian perkembangan kognitif

Kesimpulan secara umum sering yang diperoleh dari perbandingan diantara perkembangan kanak-kanak cacat penglihatan dengan kanak-kanak normal menurut teori Piaget sering menunjukkan perbezaan yang nyata. Kanak-kanak normal sering mendahului dalam setiap pencapaian tahap jika disandarkan pada skala umur. Ia adalah suatu perkara yang signifikan kerana daya penglihatan membekalkan maklumat yang lebih dominan dalam kehidupan.Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang kurang berkaitan dengan penggunaan penglihatan di mana kedua-dua kumpulan kanak-kanak ini menunjukkan kesamaan dalam prestasi pembikinannya. Sebagai contoh dalam menghasilkan beberapa jenis kraftangan, kesamaan kemahiran boleh dikatakan sama. Selain itu dalam aktiviti harian, kemahiran menyuap makanan ke mulut, mandi, memakai kasut, memakai baju, dan lain-lain menunjukkan tahap penguasaan yang sama.Sentuhan bagi kanak-kanak cacat penglihatan mungkin tidak memberikan fungsi yang sama jika dibuat perbandingan dengan kanak-kanak normal. Sentuhan mungkin memberikan lebih maklumat dan perbezaan tentang persekitaran.

 Gambaran(imagery)

Keupayaan memberikan gambaran atau menggambarkan sesuatu objek atau persekitaran berhubung kait rapat dengan penglihatan. Ini dibuktikan oleh Fernald (1913) yang telah menguji dua orang pelajarnya. Salah seorang daripada responden kajian dilahirkan cacat penglihatan (sampel A) dan seorang lagi mempunyai penglihatan terhad (sampel B). Keputusan ujian menunjukkan bahawa (sampel A) tidak pernah menggunakan gambaran visual berbanding (sampel B). Kajian ini juga disokong dengan dapatan yang hampir sama. Remaja yang dilahirkan cacat penglihatan mempunyai capaian yang berbeza dengan remaja yang mengalami kebutaan selepas berusia tiga tahun dimana sesiapa yang mempunyai pengalaman melihat mampu untuk memberikan gambaran tentang sesuatu perkara (Sylvester, 1913). Halls (1981a) mengatakan perbezaan keupayaan dua kumpulan kanak-kanak dengan pencapaian penglihatan yang berbeza juga menggambarkan tahap perlakuan mereka.

Tahap kognitif dan ujian kepintarcerdasan merupakan sesuatu yang sinonim untuk mengetahui tahap penguasaan atau pencapaian individu. Bagi individu yang mengalami kecacatan penglihatan, mereka memerlukan pengalaman untuk melakukan sesuatu ujian. Rentetan dari itu pemerolehan maklumat dari awal kelahiran dan pengayaan yang mantap diperlukan agar sesuatu ujian yang dijalankan mempunyai validiti yang tinggi. Keupayaan modul pengujian juga memerlukan pengubahsuaian yang mana menitikberatkan keperluan individu cacat penglihatan dalam menjalani pengujian. Oleh itu kepelbagaian ujian kepintaran diperlukan bagi mendapatkan keputusan yang boleh digunapakai untuk memberikan label kepada tahap pencapaian kognitif seseorang individu cacat penglihatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s