Kognitif

Perkembangan Kognitif Kanak- Kanak Masalah Penglihatan.docx

Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Cacat Penglihatan

Pengenalan
Perkembangan kognitif merupakan suatu elemen asas yang harus dipenuhi bagi melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak. pemberatan yang sewajarnya mesti diberikan sejak awal kelahiran (Kail, 1998, 2001). Walaupun begitu ada kajian yang dijalankan menunjukkan rangsangan bagi perkembangan kognitif boleh dirangsang sejak bayi di dalam kandungan. Pemerolehan unsur kognitif bagi kanak-kanak cacat penglihatan sangat penting untuk memastikan perkembangannya selari dengan skala perkembangan kanak-kanak normal. Pemerolehan ini juga memerlukan penelitian agar jarak ketinggalan jika dibaut perbandingan dengan kanak-kanak normal dapat dikurangkan.

 Menurut Hallahan & Kauffman (1994) penafsiran haruslah dilakukan dengan menggunakan beberapa ujian kepintaran yang mempunyai kesahan yang boleh dipercayai agar sesuatu keputusan yang dibuat mempunyai relevensi dengan pencapaian sebenar seseorang kanak-kanak cacat penglihatan tersebut.

Perkembangan kognitif

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan perlu diberi rangsangan untuk meningkatkan perkembangan kognitif melalui perhubungan dan membuat perkaitan diantara penafsiran maklumat yang boleh diperolehi dari deria. Sebagai contoh klasifikasi, hubungkait, pengetahuan ruang dan ingatan.
Menurut Foulke (1962) Pemahaman mengenai sesuatu konsep adalah sukar bagi seseorang kanak-kanak cacat penglihatan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Deria sentuh yang dimiliki oleh mereka tidak menggambarkan sesuatu konsep yang jelas seperti konsep dua dan tiga demensi. Maklumat yang diperoleh daripada komunikasi merupakan suatu aset penting yang dapat membantu kanak-kanak ini membentuk pengalaman mereka, halangan sensori menjadikan kanak-kanak ini lebih self-oriented dan berdikari.
Wills (1965) memberikan pendapat dengan menyertakan tujuh contoh untuk menjelaskan berkenaan dengan masalah yang wujud dari perspektif psikoanaltik. Diantaranya ialah, kanak-kanak cacat penglihatan mempunyai lebih kebimbangan mengenai fantasi dan sukar membezakan fantasi dan keadaan realiti, sukar untuk mengumpul dan membandingkan pengalaman yang berbeza tentang sesuatu situasi atau kejadian, lemah dalam memenuhi konsep yang secukupnya, mencari arah atau punca berpandukan gema, perlu mengambil masa yang panjang untuk memahami objek dengan mengaitkannya dengan anggota badan mereka, bersifat animism, dan lebih gemar melahirkan perasaan kepada objek-objek yang inanimate. Pendapat ini disokong oleh Slavin (2003) yang mengutarakan perihal psikologi kanak-kanak yang mempunyai perkaitan dengan tahap kanak-kanak cacat penglihatan.Piaget telah memberikan beberapa kategori asas tentang perkembangan kognitif, walau bagaimanapun Wolff (1966) memberikan beberapa persoalan mengenai perkembangan kognitif bagi kanak-kanak cacat penglihatan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal.

One thought on “Kognitif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s