fungsi setiap bahagian mata

FUNGSI SETIAP BAHAGIAN MATA.

SKLERA (sclera)

mempunyai ciri-ciri iaitu lapisan putih yang kuat,Memegang bentuk mata,dan berfungsi untuk melindungi mata.

KORNEA (cornea)

mempunyai ciri-ciri iaitu membran lut cahaya (translucent) sklera, pada bahagian depan mata.dan berfungsi untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam mata dan memfokus cahaya pada retina.

KOROID (choroid)

Mempunyai ciri-ciri iaitu lapisan gelap yang mempunyai banyak kapilari darah.dan berfungsi untuk membekal oksigen dan makanan kepada mata dan menyerap dan mengelakkan pantulan cahaya di dalam mata.

KONJUNKTIVA (conjunctiva)

Mempunyai ciri-ciri iaitu lapisan epitelium pada depan mata.dan berfungsi untuk melindungi kornea.

IRIS

mempunyai ciri-ciri iaitu lapisan berbentuk cakera (disc-shaped) pada depan mata.dan berfungsi untuk menentukan warna mata dan mengawal saiz pupil dan jumlah cahaya yang memasuki mata.

ANAK MATA (pupil)

Mempunyai ciri-ciri iaitu bukaan kecil pada depan mata.dan berfungsi untuk membenarkan cahaya memasuki mata.

KANTA MATA (lens)

Mempunyai ciri-ciri iaitu Kanta cembung yang lut sinar dan elastik.dan berfungsi untuk membias dan menfokus cahaya pada retina.

OTOT SILIA (ciliary muscle)

Mempunyai ciri-ciri iaitu otot yang membentang dari koroid.dan berfungsi untuk mengubah ketebalan kanta apabila jarak fokus kanta berubah.

LIGAMEN GANTUNG (supportive ligament)

Mempunyai ciri-ciri iaitu satu struktur yang terbentuk daripada gentian kolagen.dan berfungsi untuk menyokong dan memegang kanta pada tempatnya

GELEMACA (vitreous humour)

Mempunyai ciri-ciri iaitu bahan seperti jeli yang mengisi ruang di dalam biji mata.dan berfungsi untuk mengekalkan bentuk mata,menyerakkan dan memfokus imej pada retina,dan bertindak sebagai penyerap getaran pada mata.

GELEMAIR (aqueous humour)

Mempunyai ciri-ciri iaitu cecair tidak berwarna yang mengisi ruang di bahagian hadapan kanta mata.dan berfungsi untuk membias dan menfokus cahaya yang memasuki mata.

SARAF OPTIK (optic nerve)

Mempunyai ciri-ciri iaitu sekumpulan saraf yang menghubungkan retina ke otak.dan berfungsi untuk menghantar impuls dari retina ke otak untuk ditafsirkan.

RETINA

Mempunyai ciri-ciri iaitu lapisan sel yang peka kepada cahaya.Dan berfungsi untuk mengesan rangsangan cahaya dan menukarkannya kepada impuls.

(A) bintik kuning(yellow spot)

Titik bertentangan dengan pupil dan kaya dengan reseptor peka cahaya.Dan berfungsi untuk kawasan mata yang paling peka terhadap cahaya dan imej objek yang dilihat difokus disini.

(B) bintik buta(blind spot)

Titik melalui saraf optik, yang keluar dari retina, dan tidak mempunyai sel yang peka kepada cahaya.Dan berfungsi untuk kawasan mata yang tidak peka terhadap cahaya dan imej objek yang terbentuk di sini tidak dapat dikesan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s